Sunday, February 3, 2013

Sukan Asrama Antara Blok ADTEC Batu Pahat

Pada 2 Februari 2013 yang lalu dan buat julung kalinya bertempat di padang bolasepak ADTECBP telah berlangsung mini sukan rakyat. Acara bermula jam 8.30 pagi para peserta dan penghuni blok asrama telah datang dan berkumpul untuk bersama-sama memeriahkan dan mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan.

Acara bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Warden dan majlis dirasmikan oleh Tuan Pengarah ADTECBP. Sebanyak 4 blok asrama terdiri daripada A, B , C dan D, dimana semua blok asrama telah di berikan warna rasmi asrama masing-masing.

Blok A dengan warna Hitam dengan panggilan Black Widow.
Blok B dengan warna merah juga dikenali dengan nama Red Worriors.
Blok C dengan warna biru atau Blues Gang dan
Blok D dengan warna kuning atau dipanggil dengan gelaran Yellow Pages.

Antara sukan yang dipertandingkan adalah lari dalam guni, dart, congkak, baling belon, makan epal, lari bawa sudu, tarik tali lelaki dan wanita, dan lari kaki tiga.

Mari kita saksikan antara beberapa  foto sepanjang sukan rakyat berlangsung.










  

Dj khas




Acara Tarik Tali Lelaki







 Acara Tarik Tali Wanita.









Acara Makan Epal














Acara telah tamat pada jam 12.30 tengahari. Keputusan tidak rasmi telah menobatkan Asrama Blok A sebagai Johan untuk kali pertama. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada warga-warga penghuni Asrama Blok A,B ,C dan D. Tanpa sokongan dan sorakan dari anda semua sukan antara blok tak mampu untuk berlangsung dengan meriahnya.

Tuesday, January 15, 2013

Video Pendek Kayuhan Jelajah Tanjung Piai.

Lama dah tak jengok blog sendiri...Lalalalala

Video pendek mengenai Jelajah Hujung Benua Asia oleh Staff ADTEC Batu Pahat. Tarikh jelajah pada 1 dan 2 september 2012. Perjalanan bermula dari Adtec Batu Pahat menuju ke Tanjung Piai Resort.

Peserta terdiri dari Staff Adtec Batu Pahat sendiri, ILP KL, ILP Miri, ILP Pasir Gudang, IKBN Pagoh dan individu yang berminat untuk menyertainya.

Saksikan....



Monday, October 31, 2011

Extra

Gambar kenangan yang diambil semasa Datuk Noraini Ahmad merasmikan Hari Terbuka ADTECBP pada 25 September 2011. Gambar semasa DatukNoraini menaiki beca 1 Malaysia.

HakCipTa MohdKhir

1.11.2011

Alhamdullillah....Masih lagi mampu untuk menulis....walaupun dah lama terhenti kerana tiada idea apa nak dituliskan dalam blog ini...masih mencari arah tujuan .  Orang berblog dia pun nak berblog tapi tiada arah tujuan.


 Nampaknya tahun ini  sekali lagi menjadi tahun yang terbaik untuk aku... Selain tahun 2010 yang lepas, terlalu banyak  benda dan peristiwa yang menarik sepanjang tahun 2010. Tahun ini pun sama juga.

Tuesday, February 8, 2011

Satu langkah kecil bermula hari ini...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia... Orang kata bila kita nak berubah kita kena bermula dengan  langkah kecil walaupun ianya hanya sekadar satu langkah yang memang amat kecil. Saya percaya bila kita ada iltizam untuk melangkah dan maju , kita akan terus melangkah bermula dari langkah kecil ke langkah sederhana dan seterusnya langkah yang besar dan panjang dan berlari akhirnya. Tapi apa yang berubah tu....Ohhh.... berubah kepada dunia blogger rupanya...percubaan pertama untuk berkarya dalam bentuk penulisan...

Biar saya perkenal serba sedikit tentang diri saya...Nama yang telah didaftarkan oleh orang tua saya di Pejabat Pendaftaran Daerah Batu Pahat iaitu Mohd Khir...pendekkan nama tu...alhamdullilah saya telah berjaya dilahirkan kedunia ini pada tanggal 24 Mei 1976....jam 8.30 malam, bertempat di atas katil Hospital Batu Pahat (tapak sekarang telah menjadi Poliklinik Batu Pahat).

Cukuplah untuk kali ini...ada masa lagi akan saya sambung dengan cerita mengenai dunia keliling saya..